Assalamualaikum....

morning, moga hari ini hari yang indah untuk kamu..
jam 7 pagi, buka komputer and then, klik-klik, sambil dalam fikiran terfikir nanti jam 2 petang -11 malam kami lancarkan menu terbaru kami Shellout@keniogan. pada waktu ini kami kekurangan pekerja aku rasa memrlukan dalam 4 orang pelayan tambahan di hadapan supaya dapat memberikan service terbaik kepada pelanggan kami.4 orang jumlah yang besar jika di tranlate kepada service, harap semua akan baik sahaja nanti. Allah ada. :)
Menu shellout ini lama sudah di tanguh-tanguh,nak keluar dari bulan 7 lagi kalau tak silap. sebab time tu ada beberapa masalah yang harus di selesaikan, masalah yang susah betul nak selesai bila pekerja dah cukup tapi time nak keluar menu baru, disitulah dia mo berhenti,mo cuti,mo kahwin,mo pigi kenduri jiran pakciknya meningal,mo pigi kenduri kesyukuran sempena kucing jiranya punya pakcik terselemat dari jatuh kebawah jambatan.
\
Saya mahu melihat menu ini berjalan lancar kerana ia sangat bermakna dan beri impak kepada ramai orang, sebagai contoh jika menu ini berjalan lancar, nelayan-nelayan kecil akan mendapat faedah dari segi harga bekalan mereka akan naik sehingga 20%. kami juga ada buat cadangan supaya 3% dari jualan menu shellout ini akan diberi kepada nelayan-nelayan kecil ini dan anak-anak mereka untuk membeli buku rujukan upsr, atau untuk membeli peralatan keselamatan untuk nelayan-nelayan ini.
kami punyai visi dan sasaran 3 restoran shellout dalam 3 tahun 2016-2019, dengan jangkaan 1 tahun 1 restoran,mudah-mudahan Allah izinkan, ada beberapa tempat sudah saya tinjau sendiri, saya fikir memang tidak mudah namun dalam bisnes kena berani, soal untung/rugi tu biasalah, jual nasi lemak tepi jalan pun kalau bukan rezeki kompom rugi.so untuk minimakan kerugian ini kena buat sedikit kajian pasaran. namun saya yakin sandakan ini adalah bumi bertuah, jika pakistan,jika india,boleh maju dengan roti canainya yang berharga RM1 kenapa pula tidak aku?? man jadda wa jadda..
\
out....
to be continued.....
No comments:
Post a Comment